Mulai 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan Malaysia (BPP) akan di transformasikan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), iaitu sebuah badan berkanun bagi menguruskan semua urusan pinjaman perumahan untuk pekerja-pekerja sektor awam.
Segala urusan oleh LPPSA akan diuruskan oleh panel-panel peguam mereka atau peguam ad hoc. Syarat-syarat bagi panel guaman adalah seperti berikut:-
Panel Peguam
Antara lain:
a) Mempunyai seorang rakan kongsi Bumiputera
b) Firma melebihi 7 tahun
c) Seorang rakan kongsi dengan 10 tahun pengalaman amalan perundangan dalam litigasi dan dokumen pinjaman
d) sekurang-kurangnya 5 orang peguam bertauliah
e) insurans sekurang-kurangnya RM2juta
Ad Hoc
Antara lain:
a) Mempunyai seorang rakan kongsi Bumiputera
b) Firma melebihi 7 tahun
c) Seorang rakan kongsi dengan 10 tahun pengalaman amalan perundangan dalam litigasi dan dokumen pinjaman
d) sekurang-kurangnya 5 orang peguam bertauliah
e) insurans sekurang-kurangnya RM1juta
Labels: Legal Notes